Pelakon, Aaron Aziz meluahkan rasa berang terhadap individu yang difahamkan pekerjanya setelah ‘kantoi’ mencuri wang jualan hasil perniagaan milik isterinya, Diyana Halik.
Aaron menerusi hantaran di Instagram, menyatakan bahawa Diyana sangat percaya pekerjanya itu, namun individu terlibat memilih untuk mencuri wang jualan dan menggunakannya secara haram.
“Bini aku bagi kai rezeki untuk kau bagi anak dan laki kau makan. Bini aku percaya kau. Tapi kau pilih untuk balas bini aku dengan mencuri duit sales selama ini.
Rupanya kau telan duit halal dia dalam mulut kau secara haram!! I witness dia kehulu kehilir, penat sampai sakit. You are despicable, a hypocrite, biadap, pendusta dan manusia tak reti bersyukur.”-berang Aaron di Instagram
Susah Nak Percaya Orang Sekarang Ni…”
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen serta rakan selebriti mencadangkan agar Aaron dan isteri membuat laporan polis terhadap tindakan pekerjanya yang tidak bertanggungjawab, malah ramai yang menitipkan doa agar individu terlibat mendapat hukuman yang setimpal.
“Report polis tau. I is cannot orang scam orang ni.”-Azza Elite
“Susahnya orang nak jujur amanah bekerja sedangkan di situlah dia mencari rezeki. Diri sendiri rosakkan kehidupan malah khianat kepercayaan majikan.”
“Susah nak percaya orang sekarang ni. Semoga Allah menggantikan dengan rezeki yang berlipat kali ganda. Dan semoga manusia itu diberi balasan setimpal.”
Subhanallah, moga si pelaku dibawa ke muka pengadilan. Harap isteri Aarob diganti dengan rezeki yang tidak dijangka asbab kesabaran dia menghadapi musibah ini.
Apa komen anda?