Pelakon dan usahawan, Datin Fouziah Gous tampil membidas komen netizen selepas membuat perkongsian di media sosial.
Fouziah, menerusi hantaran di Instagram dilihat memuatnaik satu foto yang memaparkan dirinya menggayakan dres berwarna biru paras betis bersama stoking warna kulit ketika berada di Dubai.
“اَلْحَمْدُلِلّهِ for everything…Tapi kenapa laki i tanya., baju sekolah ke.”-kapsyen Fouziah di Instagram
“Kenapa Suami Tanya, Baju Pendek Asal Tak Pakai Seluar..”
Walaubagaimanapun, lain pula reaksi salah seorang netizen yang mempersoalkan suami kepada Fouziah, iaitu Datuk Zhafran Md Yusof yang dikatakan tidak menegur isterinya agar berpakaian dengan sopan.
“Kenapa suami tak tanya, baju pendek asal tak pakai seluar instead of tight dan tudung labuh sikit. Pelik juga suaminya, scan tak 100%. Nanti akhirat tak disoal kenapa pakai baju sekolah tapi sebaliknya.”-komen seorang netizen
Fouziah Beri Respon!
Tidak berdiam diri, Fouziah dilihat membidas komen netizen berkenaan dengan memintanya untuk tidak menilai suami orang lain, malah turut meminta netizen terlibat untuk menyibukkan diri untuk mencari ilmu berbanding mencari dosa orang lain.
“Bila awak ada suami yang sempurna dari syurga, jaga baik-baik. Jangan sibuk judge suami orang. Saya ni jarang reply tapi adab tu perlu ada untuk berkata-kata. Jangan rasa diri hebat dan boleh kata ikut hati di media sosial.
Sibukkan diri untuk cari ilmu daripada sibuk mencari dosa orang sampai tak sedar buat doa sendiri juga.”-bidas Fouziah