AKIBAT terlalu ghairah menggunakan teknik pemasaran melampau bagi menarik perhatian pembeli, seorang pengusahadonat susu dengan tagline ‘berayaq’ teruk dikecam warga maya kerana mempamerkan gaya kurang sopan.
Paling menjijikkan apabila pengguna media sosial turut disajikan dengan video tular aksi peniaga berkenaan menyebutperkataan ‘cirit’ sambil menonggek ketika mempromosikan makanan yang dijualnya.Susulan itu, peniaga terbabit akhirnya tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan penggunaan perkataan ‘cirit’dalam video tular itu adalah atas arahan pihak tertentu.
“Kami menerima segala teguran daripada kalian. Untuk pengetahuan semua, tagline ‘berayaq’ bermaksud doh kami yang cair.Apabila makan donat, (ia) cair di dalam mulut.”Selain itu untuk pengetahuan semua, ‘cirit’ itu bukan tagline daripada kami dan video yang tular baru-baru ini bukanlah ideadaripada kami. Kami hanya melakonkan apa yang diarahkan,” kata penjual makanan itu menerusi kenyataannya di TikTok
Tambah peniaga terbabit, dia juga berjanji untuk memperbaiki segala kelemahan yang dibuat pihaknya.”Kami memohon maaf andai ada yang salah tafsir video kami… ikhlas daripada kami, hanya Allah maha pemberi rezeki.”Kami memaafkan semua yang komen menghina kami, insya-Allah kami akan perbaiki segala kelemahan,” katanya.
Selain permohonan maaf, peniaga terbabit turut menukar nama akaun TikTok yang sebelum ini dikenali sebagai ‘berayaq’donat susu kepada ‘bertanah’ donat susu.mStar sebelum ini melaporkan kebimbangan orang ramai tentang teknik pemasaran yang dibuat peniaga berkenaan keranadikhuatiri memberi impak negatif khususnya kepada golongan muda.Peniaga ini popular dengan aksi dan tagline ‘berayaq’ bagi mempromosikan donat susu.Berdasarkan klip video yang tular, peniaga lelaki terbabit dilihat memegang seekor patung beruang dalam posisi menghadapbadannya sambil melakukan gerakan seolah-olah sedang berhubungan intim.Malah dia turut mengungkapkan perkataan dalam dialek utara iaitu ‘berayaq, berayaq, jet lagi, jet lagi’ sebelum ketawa besardan disergah individu lain juga dipercayai seorang peniaga.
Bukan itu sahaja, berdasarkan video lain bersama seorang wanita, peniaga terbabit dengan jelas menyebut ‘Ermmm cirit…lepaskan, lepaskan’ sambil melakukan gerakan menonggeng disusuli hilai tawa.Aksi bersama wanita terbabit jelas sekali dilihat tidak sopan dan dianggap keterlaluan terutamanya bagi tujuanmempromosikan makanan.
Tidak terhenti di situ, perbuatan berkenaan juga nampaknya memberi kesan buruk apabila aksi tidak senonohnya kinimenjadi ikutan golongan muda.Ia berdasarkan perkongsian seorang pengguna laman X memaparkan remaja lelaki, dipercayai sedang berniaga buah-buahantermasuk mangga di sebuah pasar meniru aksi menonggek sambil menyebut ‘jet lagi…jet lagi’.Sehubungan itu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyatakan pihaknya mengambil maklumtentang akaun dan video berkenaan, justeru akan melaksanakan siasatan secara terperinci.