PELAKON Norish karman memberitahu dia kini sudah tiada pendapatan tetap bagi menanggung kehidupannya dan anak-anak.
Kata Norish atau Nor’Ashikin Karman, 50, dia sudah kurang mendapat tawaran lakonan kerana tidak menepati kriteria yang dicari penerbit.
Justeru itu dia terpaksa bangkit mengusahakan jualan makanan secara kecil-kecilan bagi menjana pendapatan.
“Sekarang ini nak bertahan memang susah saya dah hilang beratus ribu, jadi saya dahulukan anak-anak punya pelajar, hidup dengan apa yang ada.
“Memang Allah tarik income tapi Allah bagi rezeki saya bersama dengan anak-anak tapi dalam masa yang sama saya berdoa semoga ada jalan lain mungkin ada orang nak taja saya buka cafe,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Norish berkata pendapatan daripada perniagaannya sahaja tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan anak-anaknya.
“Tak cukup sebab tambah empat orang anak angkat ni, mereka sedang membesar dan mereka kuat makan dan saya tak boleh halang mereka untuk makan,” katanya.