Antara tempat percutian yang menjadi pilihan ramai mestilah pulau dan pantai kan? Yelah, bercuti dekat pulau ni memang betul-betul definisi healing. Lagi-lagi kalau pulau tu cantik, air jernih lepastu pulak dapat tengok macam-macam jenis ikan dan batu karang.
Tapi selalunya bila kita fikir pulau je mesti kita akan cari pulau-pulau yang selalu sangat orang sebut macam Redang, Perhentian, Pangkor dan lain-lain. Tapi sebenarnya banyak lagi pulau lain dekat Malaysia ni yang ramai tak tahu ada. Selain cantik, pulau dan pantai ni juga tak ramai orang, lagi tenang kalau nak pergi bercuti kan?
5 Pulau Tersembunyi Yang Cantik & ‘Underrated’ Di Malaysia Yang Korang Mungkin Tak Tahu Wujud!
1. Pulau Hujung, Johor
Pulau Hujung merupakan pulau yang tak diduduki oleh orang dan terletak dekat dengan Pulau Besar dan Pulau Tengah. Cara untuk pergi ke pulau ini adalah membuat island hopping menggunakan bot peribadi yang disediakan.
Pulau ni mempunyai pantai yang putih dan air yang sangat-sangat jernih. Dia punya jernih tu, korang boleh nampak bot yang korang naik tu macam terapung. Kecantikan pulau ini juga terjaga ekoran tak ada orang yang duduk di sana.
2. Pulau Tenggol, Terengganu
Antara pulau yang famous dekat Terengganu adalah Redang dan Perhentian. Tapi kalau korang nak tahu, dekat sana ada pulau rahsia yang dipanggil Pulau Tenggol. Tak ramai tau yang tahu pasal pulau ni, dan dekat sana hanya tiga je tempat penginapan yang ada iaitu Tenggol Coral Beach Resort, Tenggol Island Beach Resort dan Tenggol Resort.
Bukan tu je, pulau ini juga merupakan antara pulau yang terbaik untuk membuat selam skuba. Ekoran tak ramai orang yang melawat pulau ni, batu karang dekat sana memang cantik dan sihat-sihat belaka. Masa terbaik untuk pergi ke pulau ni adalah pada bulan Oktober.
3. Pulau Mensirip, Johor
Pulau ini mempunyai taman laut yang dipenuhi dengan pelbagai kehidupan laut ekoran dari tukun tiruan yang dibuat oleh Jata Johor. Tukun tiruan unik ini merupakan idea Sultan Ibrahim Ismail sendiri.
Namun begitu, pulau ini tak boleh didiami jadi korang bolehlah pergi selam skuba dekat sana satu hari. Disebabkan pulau ini merupakan pulau peribadi yang dimiliki oleh Sultan Johor, korang perlu membuat permohonan untuk melawat pulau ni.
Nak apply pun senang je, korang boleh dapat kebenaran dekat mana-mana resort yang berhampiran dengan Pulau Mensirip atau di Jeti Mersing. Kalau korang nak tahu, dekat sana juga ada peti surat yang diletakkan di dalam air tau! Senang hidupan laut dekat sana nak tanya khabar.
4. Pulau Harimau, Johor
Pulau ini juga merupakan pulau peribadi milik Sultan Johor. Antara tarikan terbesar pulau ini adalah gua-gua yang ada di sana serta pemandangan yang sangat cantik dari rumah api di atas bukit. Air yang jernih juga menjadikan ia tempat yang best untuk snorkelling dan selam skuba.
Korang boleh melawat pulau ni semasa korang buat island hopping di Johor.
5. Pulau Tengah, Johor
Di sini hanya terdapat satu resort sahaja untuk penginapan menjadikan ia antara pulau peribadi yang mewah di Malaysia. Batu Batu Resort merupakan satu-satunya tempat penginapan kalau korang nak pergi ke pulau ni.
Di pulau ini korang boleh buat kerja-kerja pemuliharaan di sana dan di penghujung Oktober korang boleh tengok penyu naik ke darat untuk bertelur.
Pulau ni juga tak ramai orang jadi memang seronok untuk percutian yang aman bersama keluarga.
Selain pulau, sekadar nak berkelah di pantai pun seronok juga. Tapi sekarang ni banyak pantai yang penuh dengan orang. Bila ramai orang tu, tempat pun jadi tak begitu bersih dan aman kan? Jadi dekat bawah ni min selitkan juga dua pantai yang tak ramai orang tahu.
1. Pantai Pelindung, Pahang
Pantai yang terletak di Pahang ni memang sesuai sangat untuk korang pergi kalau korang sukakan ketenangan. Ia merupakan tempat yang best untuk tengok matahari terbit.
Dekat sini juga korang boleh bermandi-manda dengan keluarga dan tak perlu risau dengan kesesakan orang ramai.
2. Pantai Kalampunian, Sabah
Pantai Kalampunian yang terletak di Kudat, Sabah ini memang sangat-sangat cantik. Ia merupakan pantai tersembunyi yang mempunyai pasir yang putih dan airnya juga cetek. Disebabkan kejernihan airnya, korang boleh tengok ikan-ikan berenang tanpa perlu snorkeling.
Pantai ni memang tak terkenal di kalangan pelancong dan korang memang boleh enjoy masa bersama keluarga dengan tenang.
Seronok pulak tengok pulau-pulau ni rasa macam nak pergi healing sekarang jugak!
Sumber: Traworld