UMUM menyedari ibu hamil akan melalui fasa perubahan emosi akibat pelbagai faktor termasuk berkaitan hormon.Dalam fasa ini hati dan perasaan mereka mudah tergores lebih-lebih lagi jika kemahuan serta kehendak tidak ditunaikan.Menerusi perkongsian seorang wanita di media sosial, dia terasa hati dengan suaminya gara-gara tidak memaksapermintaannya untuk menikmati hidangan di restoran makanan Jepun popular, Suki-ya.
Dakwa wanita itu, lebih membuatkan dia kecewa apabila pasangannya lebih mengingati aktiviti menunggang motosikalbersama rakan-rakannya.“Saya tengah sarat mengandung dengan usia kandungan lapan bulan lebih.”Tapi suami sibuk asyik pergi ride . Saya mengidam nak makan Suki-ya sejak usia kandungan tiga bulan tapi sampai sekarangsuami tak bawa,” jelasnya.
Tambah wanita itu, sikap yang ditunjukkan oleh suami membuatkan dia kerap berendam air mata.Ujarnya, si suami juga dikatakan pernah berjanji untuk membawanya ke restoran berkonsepkan bufet daging premium itunamun sering dihampakan.”Memanjang cancel . Masa nak pergi ride dengan kawan-kawan laju je dia. Salah ke kalau saya terasa dengan suami?”katanya.Konflik emosi yang dihadapi oleh wanita ini mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi dalam kalangan mereka yang pernahberdepan situasi sama.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang memberi nasihat agar pengadu memenuhi keinginan sendiri tanpa mengharapkansuami.”Awak tempah je e-hailing pergi makan seorang… tak pun ajak la kawan atau adik temankan. Jangan lemah sangat dik. Jauhlagi perjalanan nak hadap lelaki macam ni.”Nak tunggu suami… lepas tu suami pula jenis tak layan makan Suki-ya ni susah. Pergi la enjoy dengan kawan-kawan awak.Cepat pergi makan sebelum beranak okey.
“Kalau dah suami tak nak, biarkan la dia wahai pengadu. Puaskan hati sendiri. Pergi je Suki-ya tu. Makan je seorang diri.Minta la duit cakap nak beli barang bayi. Sekali jalan pergi Suki-ya.”Berapa lama lagi nak kena tunggu. Sekurang-kurangnya kena habiskan pantang bagai,” komen netizen.
Sebagai peringatan bersama, seseorang suami perlu menyedari peranan dalam menyokong isteri dan memastikan insantersayang itu tidak merasa sendirian dalam perjalanan kehamilan.Mengutamakan masa berkualiti bersama isteri terutamanya semasa kehamilan adalah penting untuk memastikan hubunganitu tetap utuh dan harmoni.