PELAKON Janna Nick gagal menahan air mata apabila sering diajukan soalan berkaitan zuriat.Apa membuatkan Janna atau Nurul Jannah Muner, 29, kecewa adalah komen menuduh suaminya iaitu Dini Schatzmanmenghadapi masalah sehingga menyebabkan dia sukar hamil.”Saya sangat terkesan dengan satu komen ini. Bila ramai bertanya saya (tentang zuriat) saya tiada masalah, cuma komen inikurang ajar.
“Saya baca semua komen, yang mendoakan kami saya hargai tetapi janganlah sampai tergamak komen negatif seperti kamiini ada masalah,” katanya.Janna dan Dinni berkongsi perkara tersebut dalam sebuh video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Isnin.Menerusi hantaran berkenaan, Janna membaca komen seorang pengikut di laman sosial yang beranggapan Dini memilikihormon wanita berlebihan.
Dalam linangan air mata, Janna memberitahu dia sudah cuba pelbagai cara termasuk melakukan pemeriksaan kesihatanselain kaedah IVF.”Kami dah buat macam-macam dan berusaha keras untuk dapatkan anak. Saya bertanya kepada Tuhan bila nak kurniakananak. Bila orang tanya saya tak tahu apa nak jawab.”Bulan Oktober cukup setahun saya lakukan IVF tetapi gagal. Dini dah buat ujian sperma dan kami okey sahaja. Saya cubaubah gaya hidup, kurangkan tawaran berlakon yang mengambil masa lam.
“Orang beri petua minta wanita hamil pijak kaki dan saya dah minta Nabila Razali pijak kaki saya. Semua itu sebab sayaterdesak mahukan anak. Bulan lepas saya cuba lagi tetapi pagi ini saya datang haid,” luahnya.Dini yang berada di sisi Janna juga turut menasihati orang ramai agar tidak memberi komen keterlaluan sehingga bolehmengganggu emosi isterinya itu.”Anda semua juga mahukan kami ada anak. Kalau nak komen keterlaluan lebih baik simpan sahaja,” ujarnya.Untuk rekod Janna dan Dini mendirikan rumah tangga 10 Jun tahun lalu.