TIADA angin tiada ribut pelakon Eyka Farhana mendedahkan sudah bergelar tung kepada pemain bola sepak kebangsaaniaitu Akhyar Rashid.Eyka atau Wan Atiqa Wam Sarmizi, 29, berkongsi beritita gembira itu selepas tiga bulan merahsiakan perkara berkenaankepada umum.”Masha-Allah Tabarak-Allah, salam tungku,” tulisnya ringkas.
Menerusi salah satu foto yang dikongsi di Instagram memperlihatkan sebiji kek dan cincin memaparkan tarikh 4 Ogos 2024sebagai simbolik hari pertunangan mereka.Malah pasangan ini dilihat sedondon mengenakan baju berwarna coklat ketika hari pertunangan mereka.Difahamkan majlis tunang Eyka dan Akhyar diadakan secara tertutup yang dihadiri oleh keluarga mereka sahaja.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan urusan pasangan ini untuk berkahwindepermudah.”Yang ditunggu-tunggu akhirnya terjadi, satu langkah sahaja lagi. Tahniah Eyka dan Akhyar.”Tahniah Eyka, semoga urusan seterusnya dipermudahkan.
“Alhamdulillah, tahniah Eyka dan Akhyar. Akhirnya mereka bertunang,” tulis netizen.Kisah percintaan Eyka bersama Akhyar bermula sejak 2020.Sebelum ini, Eyka menafikan dia sedang membuat persiapan untuk menamatkan zaman solo