NAMPAKNYA berita penceraian selebriti masih belum reda dan kali ini giliran pelakon Idzham Ismail bercerai denganisterinya iaitu Siti Nur Abilah Shamsudin.Idzham atau Muhammed Idzham Ismail, 36, berkata, dia melafazkan cerai terhadap Abilah pada awal Oktober lalu danMahkamah Rendah Syariah Klang pada pagi Isnin mengesahkan lafaz dibuat.”Baru sah tadi (pagi Isnin). Mahkamah sahkan lafaz cerai yang saya buat pada awal Oktober lalu,” katanya ketika dihubungimStar.
Bercakap lanjut Idzham memaklumkan konflik berpanjangan menjadi punca dia gagal mengawal kemarahan sehinggamelafazkan cerai di luar mahkamah terhadap Abilah.Tambahnya keputusan isteri kembali bekerja sebagai pramugari juga menjadi salah satu faktor berlaku perselisihan antaramereka sejak Jun lalu.”Saya kecewa apa yang berlaku sebab ia berpunca daripada masalah kecil sahaja. Selepas saya izinkan dia bekerja semula,dia mula berubah.
Sudah berbulan-bulan saya cuba memujuk dan tak henti memujuk. Sehinggalah pada awal Oktober saya terlafaz cerai.”Saya manusia dan bukannya malaikat. Saya sudah bersabar berbulan-bulan,” ujar.Tambah Idzham juga dia tidak mungkin akan kembali berbaik dengan Abilah selepas ini.
Kedua-dua mereka masih dalam proses perbincangan dalam menetapkan hak penjagaan anak.”Saya boleh katakan hubungan kami sekarang memang tidak baik.”Buat masa sekarang anak-anak di bawah jagaan saya. Sây mahu didik anak dan mereka mahu tinggal bersama saya.
“Saya dan bekas isteri akan berbincang di masa akan datang tentang hak penjagaan anak,” jelasnya.Untk rekod, Idzham mendirikan rumah tangga dengan Siti Nur Abilah Shamsudin pada Ogos 2016.Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Sofea Inara, 7 dan Muhammad Idrus, 4 tahun.