Isteri Jay Iswazir Umum Bercerai Selepas Dua Tahun Kahwin – ‘Kesakitan Ini Tak Mampu Untuk Saya Menanggung Sendirian’

PELAKON, Jay Iswazir dan isterinya, Azzahra Ahmad disahkan sudah berpisah selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Berita mengenai perpisahan itu diumumkan Azzahra menerusi akaun Instagram miliknya pada Sabtu.

Bagaimanapun, dia tidak mendedahkan punca utama kepada situasi berkenaan dan pengumuman itu dibuat hanya untuk mengelakkan daripada salah faham serta fitnah.

“Bismillahirohmanirrohim… Dengan ini saya dengan rendah hati ingin memberitahu bahawa hubungan saya bersama Ahmad Iswazir Ismail telah terlerai. Kami telah berpisah.

Tangkap layar hantaran Azzahra pada Sabtu.

“Bagi mengelakkan salah faham atau fitnah saya terpaksa post untuk memberitahu kepada umum dan atas sebab-sebab tertentu juga. Sebab apa kami berpisah rasanya tidak perlu saya umumkan yang tahu saja cukuplah.

“Semoga dalam tempoh masih edah ini, saya harap awak mampu menunaikan tanggungjawab dan tolong ‘dont take me for granted’ lagi,” katanya.

Tambah, Azzahra, dia sudah lama bersabar dengan setiap ujian yang berlaku sepanjang bersama bekas suaminya itu.

Pada masa sama, dia mengucapkan terima kasih atas segalanya sepanjang mereka bersama sebagai suami isteri.

“Maaf atas kekurangan saya… halalkan makan minum saya. Mohon doakan yang baik-baik untuk kami berdua meneruskan hidup masing-masing selepas ini,” katanya.

Sebelum ini, Jay Iswazir dan isteri mendirikan rumah tangga pada Mac 2022.

 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *