Bukan saya, jangan risau okey – Misha Omar

PETALING JAYA – Penyanyi Misha Omar menegaskan dia bukan penyanyi Kelantan yang ditahan polis Thailand bersama pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat, Thailand semalam.

Misha atau nama penuhnya Samiha Omar, 42, sekeras-kerasnya menyangkal dakwaan tersebut selepas ramai mula bertanya mengenai dirinya selepas laporan berita tular dalam media sosial, hari ini.

“Terima kasih kepada yang hantar ini dan bertanya sama ada saya okey atau tidak.

“Itu bukan saya ya semua, jangan risau okey,” kata penyanyi kelahiran Machang, Kelantan itu dalam Instagram Story.

Semalam, seorang penyanyi wanita tersohor dari Kelantan merupakan antara enam individu yang ditahan polis Thailand bersama ribuan biji pil kuda dalam serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat.

Ketika serbuan kira-kira pukul 5 pagi tersebut, mereka sedang berehat di dalam bilik hotel selepas berhibur di sebuah pusat hiburan. – KOSMO! ONLINE

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *