5 Kes Pembunuhan Misteri Di Malaysia

Skandal jenayah acapkali mencuri perhatian masyarakat. Tidak kira kes tersebut berprofiltinggi mahu pun orang awam.Namun, dalam kebanyakan kes jenayah, ada antaranya yang masih kekal misteri dan belumgagal dibongkar hingga kini.Berikut kami paparkan kes pembunuhan misteri yang masih membekas dalam hati rakyatMalaysia.

1. Mona Fandey

Kes tersebut telah selesai. Pembunuh telah dihukum mati. Kes ditutup. Bagaimanapun, apayang terjadi di sekeliling dan keanehan pembunuh kes ini menyebabkan ia masih tersenaraidalam carta ini.Pada 22 Julai 1993, polis menemui mayat ADUN Batu Talam, Mazlan Idris yang dicincang.Bekas penyanyi yang kemudian bertukar menjadi bomoh, Mona Fandey ditahan bersama

Tiada siapa yang hidup pada era 90-an boleh melupakan perbicaraan Mona Fandey –Mazlan Idris. Mayatnya telah dicincang kepada beberapa bahagian selepas berlangsungnyasatu upacara ghaib dipercayai bertujuan untuk membawa lebih banyak wang untuknya.Mayat Mazlan kemudian ditanam di stor berhampiran rumahnya di Pahang. Apa yangdianggap sebagai ‘belum selesai’ ialah ketika kekejaman mereka itu dibawa ke mukapengadilan. Sepanjang perbicaraan, Mona sentiasa berkata “Aku takkan mati” dan kekaltenang dengan senyuman di bibirnya.

2. Norita Samsuddin

Norita Samsuddin, 22, merupakan seorang anak gadis yang berasal dari negeri utara tanahair yang mencuba nasib di kota raya, Kuala Lumpur.Mempunyai sosok tubuh yang menarik, dia dikatakan menerima beberapa tawaran sebagaiperagawati namun menolaknya apabila dia ketika itu bekerja sebagai eksekutif pemasaran diTranspro Sdn. Bhd. sebelum dia dijumpai mati.5 Disember 2003, Norita dijumpai mati di dalam bilik di sebuah pangsapuri mewah di SriHartamas, Kuala Lumpur. Mangsa dijumpai dalam keadaan berbogel dan tangannya diikatmenggunakan baju dalam dan beberapa wayar. Tiada sebarang tanda dia dicederakankecuali kesan cekik di lehernya dan beberapa cebisan baju di dalam mulutnya. Jurutera, HanifBasri kemudiannya ditahan dan dituduh membunuh mangsa.

Hanif dipercayai orang terakhir yang menjumpai Norita pada malam tersebut dan pihakpendakwaan cuba membuktikan dia adalah orang terakhir menjumpai mangsa ketikamangsa masih hidup. Bagaimanapun, semasa perbicaraan berlangsung, dipercayai adaorang lain telah melawat Norita selepas Hanif.Pertuduhan terhadap Hanif dilihat terlalu lemah. Hanif dibebaskan selepas timbulnya teorikonspirasi berkaitan kehidupan sosial Norita selama ini. Mungkin segala yang benar telahdikuburkan bersama Norita.

3. Nurin Jazlin Jazimin

Kehilangan gadis itu mendapat liputan media yang luar biasa hinggakan nama dan mukanyaboleh dikatakan tersemat di fikiran setiap rakyat Malaysia pada ketika itu.Ratapan sedih keluarga yang mengharapkan dia pulang ke pangkuan keluarga telahmenyentuh hati ramai pihak di mana rakyat Malaysia terus memanjatkan doa supaya diapulang dengan selamat.Sebulan selepas itu, seorang kanak-kanak dijumpai mati dalam keadaan berbogel di dalamsebuah beg gim di Petaling Jaya. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) telah memberi sedikitsebanyak maklumat berkenaan suspek yang membuang beg tersebut.

Keluarga Nurin gagaluntuk membuat pengecaman mayat akibat kecederaan teruk yang dialami mangsa.Namun, ujian DNA mengesahkan mayat tersebut adalah Nurin. Seorang wanita Indonesiakemudiannya ditahan berkenaan kes tersebut tetapi kes itu masih belum diselesaikan.

4. Mana Hilangnya Sharlinie?

Berita tentang kehilangan kanak-kanak menjadi berita utama di media tempatan suatu ketikadahulu. Bagaimanapun, kisah kematian Sharlinie Mohd Nashar berlegar dalam tempohpanjang sebelum menjadi suram.Pada 9 Januari 2008, Sharlinie, 5, bermain di taman permainan di kawasan rumahnya diTaman Medan, Petaling Jaya bersama kakaknya sebelum dia didapati hilang. Masyarakatmula memandang serius laporan tersebut apabila wujud watak ‘lelaki kucing’ setelah suspekdikatakan meminta mangsa mencari kucingnya yang hilang.

Kehilangan Sharlinie terus menjadi isu hangat dalam media tempatan apabila kes itu timbulketika kes kehilangan Nurin Jazlin Jazimin masih lagi panas. Polis yang meneruskan siasatandilihat semakin ‘dingin’ dan kehilangannya masih lagi tidak diketahui hingga ke hari ini.

5. Tragedi Pembunuhan Ketua Polis Negara

Tan Sri Abdul Rahman Hashim telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-3. Pada 7 Jun1974, ketika Abdul Rahman berada di dalam kereta menuju ke Bukit Aman kereta yang.

Pada masa itu, Malaysia sedang berusaha menentang kebangkitan kuasa subversif yangdatang dari kalangan ahli komunis. Dipercayai bahawa pemimpin Parti Komunis Malaya, ChinPeng yang mengeluarkan arahan bunuh. Bagaimanapun, ia tidak berjaya dibuktikan dimahkamah.Pada 1975, dua orang lelaki, Lim Woon Choong dan Ng Foo Nam didapati bersalahmembunuh Ketua Polis Perak Tan Sri Khoo Choong Khong di Jalan Ashby di Ipoh. Kemudiantimbul teori bahawa berkemungkinan penyerang tersebut adalah orang yang samamenyerang Abdul Rahman walaupun tiada bukti kukuh.Lim dan Ng telah dihukum mati pada tahun 1978 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA). Sehingga hari ini, masih tidak diketahui adakah benar mereka berdua pembunuhupahan yang membunuh Abdul Rahman.

Filem yang berkisahkan kejadian pembunuhan misteri lakonan Zul Ariffin dan Elizabeth Tanbakal ditayangkan tidak lama lagi.Berjudul Misteri Dilaila, filem ini mengisahkan pasangan suami isteri, Jefri (Zul Ariffin) danDilaila (Elizabeth) bercuti di sebuah banglo di Bukit Fraser.Malam pertama disana, Jefri diganggu dengan kejadian aneh. Keesokannya, Jefri mendapatiIsterinya hilang.Imam Aziz (Namron) muncul dengan berita gembira. Dia memberitahu, isterinya sudahditemui dalam keadaan selamat. Jefri bagaimanapun terkejut wanita yang muncul bersamaImam Aziz bukan isterinya.Wanita itu mengakui dirinya Dilaila. Persoalan mula bermain di fikiran, siapa betul dan salahdalam situasi berkenaan. Mampukah Jefri merungkai misteri kehilangan isterinya.Jangan lupa saksikan filem hebat ini yang mendapat sentuhan sutradara terkenal, SyafiqYusof di pawagam seluruh negara bermula 21 Februari 2019!

 

 

 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *