Bukti dan keadilan bakal terungkai, Aisha Retno jawab kenyataan Yuka Kharisma berhubung pembatalan konsert – Hiburan

TIDAK berdiam diri, penyanyi Aisha Retno tampil menjawab kenyataan dikeluarkan penganjur konsert Kharisma MusicInterational semasa sidang media pembatalan Konsert Aisha Retno Malam Sutera pada Khamis lalu.Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 24, yakin kebenaran akan berpihak kepadanya memandangkan diamempunyai bukti kukuh dianiaya penganjur konsert yang juga merupakan penyanyi Yuka Kharisma.”Buat masa sekarang saya nak fokus dengan kerjaya dan lagu-lagu yang akan keluar hujung tahun ini.

“Lebih banyak bukti akan ditunjukkan and keadilan akan terungkai, insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di Instagram.Dalam pada itu, Aisha memberitahu dia terbuka hati memaafkan penganjur atas apa yang berlaku.”Adakah saya akan maafkan dia? Ya, sebab saya tahu dia ada hati yang baik tapi saya tak pasti ibu bapa dan keluarga sayaakan buat perkara sama.”Rakan-rakan dan kenalan yang pernah dianiaya maafkan dia? Hanya Padang Mahsyar yang boleh menjawab,” jelasnya.

Dalam hantaran yang sama, Aisha sempat menitipkan doa agar Yuka berjaya dalam kerjaya serta penganjuran konsert olehsyarikatnya pada masa akan datang.Malah, dia mengingatkan Yuka agar mengambil iktibar atas apa berlaku agar perkara yang sama tidak akan berulangkembali.”Saya doakan yang terbaik buat dia (Yuka) dan konsert-konsert yang bakal dianjurkannya nanti. Saya harap dia dapat jadipenyanyi yang berjaya satu hari nanti tanpa perlu menumpang populariti orang lain.”Saya doakan dia dapat gunakan bakat dia untuk bikin konsert sendiri satu hari nanti. Semoga dia boleh merancang promosikonsert sendiri tanpa perlu menyalahkan orang lain.

 

“Paling penting saya harap dia tahu peraturan berkomunikasi dengan orang lain sebelum melulu membuat keputusan tanpamemberitahu produk,” kongsinya.Sebelum ini, Yuka tampil menjawab tuduhan Aisha kononnya penyanyi itu tidak dimaklumkan mengenai sebarangperkembangan atau pembatalan konsert.Malah Yuka turut mendedahkan penyanyi itu ada berhutang sebanyak RM83,000 bagi menjayakan persembahan di AnugerahJuara Lagu ke-38 (AJL) pada Mac lalu.Pada 9 November lalu, Kharisma Music International menerusi Instagram mengumumkan pembatalan Konsert Aisha RetnoMalam Sutera yang diajadualkan berlangsung pada 16 November di Zepp Kuala Lumpur kerana jualan tiket rendah.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *